Sejarah Hospital Besar Kuala Lumpur

  • 1870: Ia dimajukan sebagai sebuah hospital daerah mengandungi 3 buah wad iaitu Wad Tai Wah, Wad Choudry dan Wad Melayu.[1]
  • 1920: Dinaik taraf kepada 25 buah wad (Kelas pertama di Bangsar, Kelas kedua dan kelas ketiga).
  • 1962: Pembangunan HKL daripada Fasa I hingga fasa ke-IV. Pembangunan pelbagai fasa adalah seperti berikut:
    • Fasa I (1962-1968)- Hospital Bersalin, Blok Wad Utara, Jabatan Radioterapi dan asrama untuk pekerja-pekerja telah dibina.
    • 1968-1972 (Fasa II): Blok Wad Selatan, Institiut Neurologi, Blok Pembedahan, Blok Radiologi, Pusat Pemindahan Darah Negara dan lebih banyak asrama dibina.
    • 1972-1973 (Fasa III): Klinik-klinik pakar, Jabatan Pesakit Luar dan asrama doktor telah dibina.
    • 1973-1974 (Fasa IV-A): Asrama pelatih jururawat dan rumah kelab ditambah.
    • 1975 (Fasa IV-B): Institiut Ortopedik, Institiut Urologi, Pusat Anggota Tiruan dan Blok Radiologi dibina.

1973: HKL mula berfungsi sebagai hospital belajar untuk pelajar perubatan UKM.

1986-1988: Membaikan dan mengubahsuaikan bangunan lama (Blok Kayu) telah dijalankan.

1989-1992: Institiut Pediatrik telah dibina.

1994-1997 (Fasa II)- Menaik taraf Institiut Radioterapi dan Ubat Onkologi dan Nuklear.